BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

15 Februari 2011

Kempen Cegah Demam Denggi dan Kesedaran Keselamatan

13/2/2011 Ahad, Biro Kesihatan bersama Biro Keselamatan JKP MPSJ Zon 13 telah melancarkan satu program yang bertajuk Kempen Cegah Demam Denggi dan Kesedaran Keselamatan. Program bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari. Kempen dihadiri oleh seramai 15 orang Jawatankuasa JKP dan Jawatankuasa Biro, 6 orang dari Jabatan Kesihatan MPSJ.

Program diketuai oleh Encik Mior Bin Ismail Pengerusi Biro Kesihatan JKP Zon 13 dan Timbalannya Encik Zamry Bin Padillah.

Pengisian program mengedarkan risalah dari rumah kerumah, semburan ubat pemusnah jentik-jentik didalam longkang-longkang.

Pengedaran risalah serta penerangan diberikan kepada penduduk untuk mencegah dari demam denggi. Penduduk juga dinasihatkan supaya meluangkan masa 10 minit setiap minggu untuk memeriksa dan memastikan tiada tempat pembiakan dirumah masing-masing.

Dalam masa yang sama risalah Kesedaran Keselamatan juga diedarkan. Sebanyak 500 pcs risalah Cegah Demam Denggi dan 500 pcs risalah kesedaran keselamatan berjaya disampaikan kepada penduduk.

Program ini bertujuan untuk mencegah demam denggi dan mengurangkan kes-kes jenayah dikawasan tersebut. Melalui program ini juga boleh mengeratkan hubungan masyarakat dengan MPSJ dan JKP Zon 13.






Sekian.
Nariman/laporan/2/feb/2011

















14 Februari 2011

Operasi Menurunkan Iklan-Iklan Haram

12/2/2011 Sabtu, JKP MPSJ Zon 13 telah mengadakan Operasi Menurunkan Iklan-Iklan Haram di sekitar Jalan Persiaran Puchong Intan, Persiaran Puchong Perdana, seluruh Jalan Anggerik, kawasan flat dan rumah teres Jalan Perdana 4/1 hingga 4/6.

Operasi bermula pada pukul 9.30 malam dan berakhir pada pukul 11.30 malam. Operasi disertai oleh 15 orang AJK Biro Keselamatan JKP MPSJ Zon 13 dan 15 anggota Penguatkuasa MPSJ. Turut hadir Ahli Majlis  MPSJ Encik Sapiyan Bin Mohd Din. Operasi berjalan lancar, sebanyak 528 bunting dan Banner haram berjaya diturunkan dalam operasi berkenaan.

Ketua operasi Encik Zamry Bin Padillah (Pengerusi Biro Keselamatan JKP MPSJ Zon 13)Operasi bertujuan mengurangkan iklan-iklan haram yang berada dikawasan JKP MPSJ Zon 13 dan dapat mengeratkan hubungan antara Jawatankuasa dan juga penduduk.

Sekian.
Nariman/laporan/1/feb/2011











11 Februari 2011

Kempen Menderma Darah

30/1/2011, Persatuan Mekar Naluri Bersama JKP Zon 13 telah meganjurkan satu program berbentuk kesihatan iaitu Kempen Menderma Darah.

Kempen tersebut diadakan dibalai masyarakat Jalan teratai Taman Puchong Perdana yang bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir jam 4.00 petang.

Perasmian Program disempurnakan oleh Encik Mior Bin Ismail Pengerusi Biro Kesihatan JKP Zon 13 MPSJ.

Kempen tersebut berjaya mendapatkan seramai 56 orang penderma darah yang terdiri daripada penduduk-penduduk JKP Zon 13 MPSJ.

Selain dari kempen kita juga mengadakan pemeran berbentuk gambar-gambar yang dipamirkan untuk tatapan pengunjung. Darah-darah yang dikumpul dihantar ke Tabung Darah Negara.

Kempen bertujuan untuk memberi kesedaran kepada penduduk bahawa pentingnya kita menderma darah, disamping itu juga Jawatankuasa Penduduk Zon 13, MPSJ amnya dapat mengeratkan hubungan dengan penduduk.





Kemantapan Iman Muslimah dengan tema Wanita Dan Air Mata.

15 Januari 2011 Sabtu, Biro Muslimat Masjid As-Salam bersama Biro Pendidikan JKP Zon 13 telah mengadakan program yang diberi nama Kemantapan Iman Muslimah dengan tema Wanita Dan Air Mata.

Program ini diketuai oleh Pengerusi Biro Muslimah Puan Noor Hanim Bt Ismail, beliau juga adalah Pengerusi Biro Pendidikan JKP Zon 13 MPSJ.

Program ini berlangsung dari jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.20 petang. Program dihadiri oleh 300 orang yang kebanyakannya terdiri daripada penduduk-penduduk JKP Zon 13.

Perasmian disempurnakan oleh Ahli Majlis MPSJ Encik Sapiyan Bin Mohd Din. Penceramah yang dijemput hadir adalah YB Hajjah Siti Zailah Mohd Yusof dan Ustazah Habsah (Penceramah Bebas).

Tujuan program ini adalah untuk Memantapkan Keimanan melaui ceramah yang disampaikan dan juga merapatkan Siraturahim antara penduduk dengan Jawatankuasa Masjid dan Jawatankusa JKP Zon 13.




10 Februari 2011

Program Pertandingan Booling Wanita

30/1/2011 Ahad, Biro pendidikan JKP Zon 13 telah mengadakan Program Pertandingan Booling Wanita bertempat di IOI Mall Puchong. Program berlansung pada jam 2.00 petang dan berakhir jam 6.00 petang. Program ini disertai oleh 56 orang perserta. Program ini terbuka kepada penduduk-penduduk JKP Zon 13 dan Jawatankuasa Biro Pendidikan JKP Zon 13.

Program tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Biro Pendidikan Puan Noor Hanim Bt Ismail.
Program tersebut bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat antara penduduk dengan Jawatankuasa Penduduk JKP Zon 13 MPSJ

Program tersebut percuma tiada pembayaran dikenakan, hadiah pemenang berupa hemper yang ditaja oleh Jawatankuasa Penduduk JKP Zon 13 MPSJ.

Program berjalan dengan lancar.