PROGRAM MESRA RAKYAT BERKHATAN SECARA BERKUMPULAN & KHATAM AL-QURAN
Program Mesra Rakyat Berkhatan Secara Berkumpulan dan Khatam Al-Quran telah berlangsung secara serentak di Masjid As-Salam Puchong Perdana pada 5 Disember 2009. Majlis turut dihadiri oleh Y.B Teresa Kok Suh Sim, Exco Kerajaan Negeri Selangor. Program ini telah membabitkan kanak-kanak berumur dari 7 hingga 12 tahun dan penyertaan program amat memberangsangkan. Program ini dilihat secara keseluruhannya memberi impak yang positif kerana mendapat kerjasama dari semua pihak yang menyertainya.