BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

26 Ogos 2010

saiz banner

25 Ogos 2010

ANTARA PROJEK YANG TELAH SIAP DI KAWASAN JKP ZON 13 MPSJ

PERHENTIAN BAS DI HADAPAN MASJID AS-SALAM TAMAN PUCHONG PERDANA

BAIKPULIH RUMAH SAMPAH YANG TERBAKAR  DI JALAN PERDANA 4/3 TAMAN PUCHONG PERDANA

GELANGGAN TAKRAW/BADMINTON  DI JALAN  PERDANA  4/2  TAMAN PUCHONG PERDANA

MENAIKTARAF  JALAN DI  BULATAN PUCHONG  PERDANA

FISIOLOGI TAMAN TASIK PUCHONG PERDANA

GELANGGAN TAKRAW TAMAN PUCHONG INDAH
KIOSK TAMAN PUCHONG INDAH
PERHENTIAN BAS TAMAN PUCHONG INDAH
KIOSK DI TAMAN PUCHONG INTAN
LAMPU ISYARAT MELINTAS JALAN DI HADAPAN MASJID AS-SALAM TAMAN PUCHONG PERDANA
LAMPU LIMPAH DI TAMAN TASIK PUCHONG PERDANA
LAMPU LIMPAH DI TAMAN TASIK PUCHONG PERDANA
LAMPU LIMPAH DI TAMAN TASIK PUCHONG PERDANA
GELANGGAN FUTSAL DI TAMAN PUCHONG INDAH
TEMPAT PAKER KERETA KAWASAN GERAI UPIN DI TAMAN PUCHONG INDAH
PADANG BOLA DI JALAN PERDANA 4/2 TAMAN PUCHONG PERDANA

24 Ogos 2010

KIOSK TAMAN PUCHONG INDAH

Pandangan sisi
Pandangan sisi
Kiosk Taman Puchong Indah adalah tempat untuk peniaga kecil berniaga, JKP Zon 13 telah mencadangkan penbinaan Kiosk ini untuk kemudahan peniaga kecil. MPSJ telah meluluskan permohonan ini dan sekarang inilah hasilnya. Peniaga tidak lagi perlu membawa payung dan meja untuk berniaga, keselesaan berniaga di sini tidak perlu bimbangkan hujan. Ini bayak membantu peniaga kecil untuk terus maju dalam perniagaan mereka. Terima kasih MPSJ dan JKP Zon 13 kerana faham akan nasib peniaga kecil ini.

23 Ogos 2010

MAJLIS MESRA RAKYAT KACAU DODOL DAN BANTUAN IBU TUNGGAL/FAKIR MISKIN

Pada 20/08/2010 masyuarat Majlis Mesra Rakyat Kacau Dodol dan bantuan ibu tunggal/fakir miskin telah diadakan di Pejabat JKP Zon 13 MPSJ yang di Pengerusikan oleh En Sapiyan Bin Mohd Din Pengerusi JKP Zon 13 MPSJ.Keputusan Masyuarat adalah seperti berikut : Pengarah Program di beri tanggungjawab kepada setiausaha JKP Zon 13 En Husin Bin Pitut, 20 kawah akan digunakan, seramai 6 orang 1 kawah bersamaan 120 orang 20 kawah, untuk makluman kacau dodol ini bermula pada 04/09/2010 hari Sabtu jam 9.30mlm, 120 orang ini bertanggungjawab memasak Dodol sehingga masak, makan sahur disediakan. 05/09/2010 Dodol yang siap akan di agihkan kepada penduduk bermula jam 3.00 petang, Ucapan dari Ahli Majlis JKP Zon 13 En Sapiyan Bin Mohd Din, Ucapan dari YDP MPSJ Dato Adnan Bin Hj MD Ikshan dan VIP Yang hadir. Bantuan ibu tunggal/fakir miskin juga akan di sampaikan. Penduduk di jemput datang beramai-ramai untuk memeriahkan majlis ini.

Projek Naik Taraf Jalan Bulatan Puchong Perdana Dah Siap

MPSJ telah meluluskan permohonan JKP Zon 13 untuk menaik tarafkan jalan di Bulatan Puchong Perdana,telah pun siap sepenuhnya dari 1 lorong dah di jadikan 2 dan dari 2 lorong dah dijadikan 3 lorong, ini akan mengurangkan kesesakan yang berlaku di Taman Puchong Perdana.

Pembinaan Perhentian Bas Di Taman Puchong Indah JKP Zon 13 MPSJ

MPSJ telah meluluskan permohonan JKP Zon 13 MPSJ Pembinaan Perhentian Bas Taman Puchong Indah. Sebelum adanya Perhentian ini penduduk hanya menunggu bas sambil berdiri dan sekarang penduduk yang hendak menaiki bas tidak lagi panas dan berhujan kerana perhentian bas ini memberikan keselesaan kepada penduduk.

Padang Bola

Padang Bola ini terletak di Jalan Perdana Taman Puchong Perdana bersebelahan dengan Loji  dan Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana. Sebelum ini kawasan ini adalah tanah lapang yang terbiar, dan tanahnya langsung tidak boleh bermain bola. JKP MPSJ Zon 13 bersetuju untuk menjadikan sebuah padang bola untuk penduduk setempat. Tanah ini diratakan dan tiang gol di pasang. Padang ini sekarang disebelah petangnya di penuhi dengan pemain bola sepak kanak-kanak dan remaja.

Masyuarat Kacau Dodol

20/08/10 Masyuarat Kacau Dodol JKP ZON 13 telah berjalan dengan lancar, masyuarat di pengerusikan oleh Pengerusi JKP Zon 13 MPSJ En Sapiyan Bin Mohd Din yang diadakan di Pejabat JKP Zon 13 MPSJ.

Salam Ramadan

Jawatankuasa JKP Zon 13  mengucapkan  Selamat  menunaikan  Ibadat  Puasa

22 Ogos 2010

PEMBINAAN DATARAN TAMAN TASIK PUCHONG PERDANA

Majlis Perbandaran Subang Jaya  telah meluluskan pembinaan Dataran Taman Tasik Puchong Perdana Puchong Selangor yang berada di kawasan JKP Zon 13 MPSJ. Pembinaan Dataran ini bermula dari tarikh 17 May 2010. JKP Zon 13 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemaju Majlis Perbandaran Subang Jaya kerana JKP Zon 13 terpilih untuk di buat Dataran ini, ini mendatangkan banyak faedah terutama kepada penduduk di JKP Zon 13. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan setelah Pembinaan ini selesai dan ini juga akan mewujudkan peluang perkerjaan kepada penduduk sekitar sebagai contoh disini boleh juga di buat berbagai-bagai aktiviti dan secara tidak langsung akan membarikan peluang kepada peniaga-peniaga kecil untuk berniaga di sini semasa aktiviti di jalankan. Di samping itu juga berbagai sukan air dapat di jalankan dengan baik dengan adanya Dataran berkenaan. JKP Zon 13 berharap Pembinaan ini akan berjalan dengan lancar dan dapat memberikan manafaat kepada penduduk dan juga boleh menarik pelancong asing untuk berkunjung ke sini. Sekian.

20 Ogos 2010

Masyuarat Program Kacau Dodol

Tarikh : 13/08/2010
Jumlah Kawah : 20
Tempat : Jalan Anggerik 12 Taman Puchong Perdana Puchong Selangor
Tarikh : 04/09/2010
Masa : 8.00mlm sampai siap
Jumlah Khemah : 8
Target : 1000 bekas / 1/2kg
Pengarah Program : En Husin Bin Pitut ( Setiausaha JKP Zon 13)
Penasihat : En Sapiyan Bin Mohd Din ( Pengerusi JKP Zon 13 )
Incas : En Masri Bin Salleh ( AJK JKP Zon 13 )
Ketua Masakan : En Shahsaharudin ( AJK Biro Keselamatan JKP Zon 13 )
Penolong Ketua Masakan : En Abd Rahim ( AJK Biro Keselamatan JKP Zon 13 )
Bungkusan : En Mior ( AJK JKP Zon 13 )
Agihan : En Ahmad Osman ( AJK JKP Zon 13 )
Keselamatan : En Zamry Bin Padillah ( AJK JKP Zon 13 )
Kebersihan : En Saipul Anuar ( AJK JKP Zon 13 )
Publisiti : En Ahmad Nariman ( AJK JKP Zon 13 )
Makluman,
05/09/10  jam 3.00 ptg agihan dodol kepada penduduk yang hadir dan sumbangan untuk ibu tunggal dan fakir miskin.
Untuk yang mengacau dodol dan petugas makan sahur di sediakan.

Kepada Penduduk di jemput hadir bersama-sama untuk memeriahkan program ini dan jangan lupa kacau dodol pada 04/09 jam 8.00mlm dan agihan dodol pada 05/09 jam 3.00ptg, bersama-samalah kita menjayakan program ini.
JKP MPSJ ZON 13.

09 Ogos 2010

KARNIVAL MEMANCING MPSJ 2010 DI TAMAN TASIK PUCHONG PERDANA

08/08/2010 Majlis perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menganjurkan Karnival Memancing bertempat di Taman Tasik Puchong Perdana, Jawatankuasa Penduduk (JKP Zon 13 MPSJ) memainkan peranan yang penting dalam menjayakan program ini. JKP Zon 13 di amanahkan supaya menjadi Marshal bagi pertandingan memancing, seramai 25 orang telah di kerahkan menjadi marshal kesemuanya dari Biro Keselamatan JKP Zon 13 MPSJ. Menurut En Husin ketua Marshal semua berjalan lancar, tiada masalah yang besar yang di alami. YB Gobing Ahli Parlimen Puchong turut hadir sempat bermesra dengan masyarakat dan peserta pertandingan memancing dan menyampaikan ucapan, beliau juga menyampaikan hadiah pertandingan mewarna.YB Gobing di iringi oleh Ahli Majlis JKP Zon 13 En Sapiyan Bin Mohd Din , AJK JKP Zon 13, Pegawai-pegawai MPSJ dan Jawatankuasa Biro Keselamatan JKP Zon 13. dalam ucapan YB Gobing beliau menyokong sepenuhnya program seumpama ini diadakan, beliau mengucapkan tahniah pada semua yang bertungkus lumus menjayakan Karnival ini. Perasmian penutup oleh YDP MPSJ Dato Adnan Bin Hj MD Ikshan dan seterusnya penyampaian hadiah . JKP Zon 13 memenangi 3 acara iaitu pertandingan kayak lelaki, johan dan naib johan pertandingan tarik tali.