07/08/10 Operasi turunkan iklan haram yang di lakukan oleh SAIHAR atau di kenali sebagai SKUAD ANTI IKLAN HARAM turun lagi kejalan raya untuk membersihkan kawasan atau persekitaran jalan yang telah di cemari oleh iklan-iklan haram, seramai 20 orang anggota SAIHAR turun padang dan di pantau oleh penguatkuasa MPSJ dan PDRM, 3 buah motor peronda polis dan 1 kereta peronda berada di lokasi operasi, JKP Zon 13 mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Polis dari balai polis Bukit Puchong atas pemantauan yang diberikan, dan tidak di lupakan penguatkuasa MPSJ yang mematau kami juga ribuan terima kasih. Sebanyak 350 banting dan banner haram berjaya di turunkan, operasi tertumpu pada jalan utama iaitu bermula di hadapan masjid As-Sallam Puchong Perdana sehingga ke bulatan Puchong Prima dan berpatah balik ke bulatan Puchong Perdana, operasi bermula jam 10.00 malam dan berakhir jam 12.00 malam.
08 Ogos 2010
OPERASI SAIHAR JKP ZON 13 DI PANTAU ANGGOTA POLIS DAN PENGUATKUASA MPSJ
Dicatat oleh JKP MPSJ ZON 13 di 10:07 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan