04/09/2010, Puchong Perdana, MPSJ bersama JKP Zon 13 telah menganjurkan program ini bertempat di Jalan Anggerik 12 Taman Puchong Perdana. Program ini berjaya menarik minat ramai penduduk berbilang kaum bersama-sama bergotoroyong memasak dodol sehingga siap. Pada mulanya JKP Zon 13 menjangkakan seramai 250 orang akan hadir untuk memasak dodol berkenaan, apa yang berlaku diluar jangkaan, seramai lebih 350 orang yang hadir dan sanggup berjaga sampai ke pagi untuk memasak dodol berkenaan. MPSJ memperuntukan sebanyak 20 kawah, dan 1 kawah adalah dari penduduk Flat Seroja Taman Puchong Indah (kaum India) untuk membuat maruku, segala peralatan untuk membuat maruku dibawa sendiri oleh penduduk. En Sapiyan Bin Mohd Din Ahli Majlis JKP Zon 13 dan merangkap pengerusi JKP ZON 13 MPSJ turut sama bergotoroyong dalam program ini. Beliau memberitahu program ini adalah program yang ke-2 talah diadakan disini dan beliau berharap dengan adanya program sebegini dapat mengeratkan siraturahim antara penduduk. Program ini bermula pada pukul 9.30 malam - 5.00pagi, sementara menunggu dodol sejuk untuk di bungkuskan. Pada pukul 11.30 malam JKP menyediakan makan malam dengan menunya Mihum Sup Kambing dan pada pukul 4.30pagi makan sahur disediakan dengan menunya Nasi Putih, Gulai Kawah dan Sayur. Sepanjang Program ini berjalan air minuman disediakan. Pada jam 10.00 pagi petugas-petugas sibuk membungkus dodol berkenaan untuk diagihkan pada pukul 3.00 petang.
05/09/2010, Ahli Majlis JKP Zon 13 En Sapiyan Bin Mohd Din merasmikan program ini dan menyampaikan ucapan alu-aluan. Beliau mewakili semua Jawatankuasa JKP Zon 13 mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung untuk menjayakan program ini terutama kepada pihak MPSJ kerana memberikan kepercayaan kepada JKP Zon 13 menjayakan Program ini.Beliau berharap pada masa-masa yang akan datang MPSJ akan meneruskan Program seumpama ini diadakan lagi. Dalam Program ini juga tidak ketinggalan kepada ibu tunggal dan fakir miskin, seramai 50 orang ibu tunggal dan fakir miskin diberikan sedikit bantuan berupa wang tunai, beras dan dodol untuk di bawa pulang. Acara yang terakhir iaitu agihan dodol kepada penduduk, petugas dan yang memasak dodol semuanya disampaikan sendiri oleh Ahli Majlis JKP En Sapiyan dan beberapa orang pegawai dari MPSJ. Agihan juga dilakukan ditepi jalan kepada kenderaan yang lalu lalang dikawasan tersebut. Sebayak 1000kg dodol dihasilkan dan berjaya disampaikan kepada penduduk.
Untuk melihat gambar layarilah fecebook cari jkpmpsjzon13@yahoo.com, disana ada album majlis kacau dodol.
0 ulasan:
Catat Ulasan