BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

29 Mac 2010

KARNIVAL BOLA SEPAK 7 SEBELAH



KARNIVAL BOLA SEPAK 7 SEBELAH



Tarikh          :         28hb. Mac 2010.

Tempat        :         Padang SK Puchong Perdana,
                             Jalan Perdana 4/2, Taman Puchong
                             Perdana.

Anjuran        :         Penggerak Belia Tempatan (PEBT) &
                             Biro Masyarakat Zon 13 MPSJ.


Laporan :

Penggerak Belia Tempatan (PEBT) MPSJ telah bekerjasama dengan Biro Masyarakat Zon 13 MPSJ dalam penganjuran Karnival Bola Sepak 7 Sebelah di Padang SK Puchong Perdana pada 28hb Mac 2010 yang lalu. Karnival ini yang bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 6.00 petang telah dengan jayanya dirasmikan oleh Ahli Majlis MPSJ Zon 13 iaitu Encik Sapiyan bin Mohd. Din merangkap Pengerusi JKP Zon 13. Program ini dimeriahkan dengan kehadiran 250 orang awam dan penduduk setempat. Program diadakan bertujuan untuk merapatkan silaturahim sesama penduduk sekitar, juga untuk mendekatkan generasi muda dengan pemimpin-pemimpin JKP Zon 13 sendiri. Dalam masa yang sama, program karnival sukan seperti ini diharap dapat memberi maklumat kepada orang ramai tentang kebaikan bersukan untuk kecergasan dan kesihatan badan. 

01 Mac 2010

KELAS JAHITAN JKP ZON 13 MPSJ