BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

09 November 2010

PROGRAM KELAS JAHITAN JKP ZON 13 MPSJ

PROGRAM KELAS JAHITAN JKP ZON 13 MPSJ



Tarikh         :         07 November 2010




Tempat       :         Balai Masyarakat Jalan Indah, Taman                                        
                             Puchong Indah

Masa            :      Setiap Hari Ahad Jam 2.00 pm-5.00pm

Anjuran      :         Biro Wanita JKP Zon 13 MPSJ

Laporan .
Kelas jahitan anjuran Biro Wanita JKP Zon 13 yang bermula pada 21/2/2010 dengan jumlah pelajar seramai 31 orang. Kelas jahitan bermula daripada asas yang dikelolakan oleh tenaga pengajar iaitu Puan Masitah BT Abdul Razak. Kelas beroperasi setiap hari Ahad jam 2.00petang hingga 4.00 petang, setakat ini November 2010 kelas berjalan seperti biasa. Pelajar-pelajar telah mempelajari sebanyak  4 jenis fesyen iaitu :
1)Baju kurung
2)Baju Kurung Pesak Gantung
3)Baju Kurung Moden
4)Baju Melayu
Program ini terdiri daripada ibu tunggal dan keluarga yang kurang berkemampuan.Pelancaran kelas jahitan dirasmikan oleh Ahli Majlis JKP Zon 13 En Sapiyan Bin Mohd Din pada 21/02/10 menyarankan agar ibu-ibu memainkan peranan menyahut saranan Kerajaan Negeri merakyatkan ekonomi Selangor dan mengambil peluang kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh JKP khasnya dan MPSJ amnya.