BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

30 September 2010

KELAS JAHITAN JKP ZON 13 MPSJ

25 September 2010

JKP BANTU MASJID KACAU DODOL








24/09/10, JKP MPSJ Zon 13 yang terdiri daripada Setiausaha JKP En Hussin Bin Pitut dan Jawatankuasa Biro Keselamatan Penduduk Zon 13 bersama-sama dengan pihak masjid As-Salam Taman Puchong Perdana bergotoroyong memasak untuk persiapan majlis jamuan raya besok iaitu pada 25/09/10. JKP MPSJ telah ditugaskan mengendalikan dua kawah dodol, ini kerana pihak masjid telah melihat kejayaan JKP dalam menggendalikan 20 kawah dodol yang diadakan pada 05/09/10 di jalan Anggerik 12 baru-baru ini. Kerjasama yang erat Jawatankuasa Penduduk dan Jawatankuasa masjid memberikan banyak perkara atau aktiviti yang akan dijalankan menjadi mudah dan berjaya. kerjasama yang erat ini harus dikekalkan demi untuk menjayakan misi dan visi Masjid As-Salam dan JKP MPSJ Zon 13.

24 September 2010

Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Majlis JKP Zon 13 En Sapiyan







23/09/10, Rumah tebuka Ahli Majlis JKP Zon 13 telah diadakan, turut hadir Jawatankuasa Penduduk JKP Zon 13, Jawatankuasa Pas Kawasan Puchong dan wakil-wakil cawangan.

Mayuarat Pertama Biro Keselamatan JKP Zon 13


21/09/10, Biro Keselamatan JKP Zon 13 telah mengadakan masyuarat yang bertempat di pejabat JKP Zon 13 yang dipengerusikan oleh En Zamry Bin Padillah iaitu pengerusi bagi Biro Keselamatan JKP Zon 13 dan merangkap AJK JKP Zon 13. Turut dijemput  JKP iaitu En Hussin Bin Pitut (Setiausaha JKP Zon 13) dan En Ahmad Nariman AJK JKP Zon 13 (Pengerusi biro Publisiti dan IT). Masyuarat berlangsung pada pukul 10.00 malam dan berakhir jam 12.00malam. Masyuarat ini yang pertama kali diadakan setelah pengambilalihan jawatan pengerusi biro keselamatan daripada En Ahmad Nariman  kepada En Zamry Padillah. Masyuarat bermula dengan sual kenal, pengerusi memaklumkan pada 24/10 Biro keselamatan bertugas sebagai tukang masak kacau dodol di masjid As-Salam Taman Puchong Perdana, pengerusi mencadangkan supaya diadakan tabung sumbangan iklas bertujuan untuk membantu Jawatankuasa yang dalam kesusahan. Naib Pengerusi biro keselamatan memaklumkan bahawa pentingnya disiplin diri dalam tugas-tugas yang di amanahkan walaupun ini adalah sukarela (tiada gaji) tapi demi untuk masyarakat. Untuk makluman Biro Keselamatan JKP bergerak untuk membantu Jawatankuasa Penduduk Zon 13 untuk melaksanakan semua program yang dirancang oleh MPSJ dan JKP bertempat di Zon 13 MPSJ. Jawatankuasa Biro Keselamatan seramai 30 orang termasuk Pengerusi.

20 September 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

04/09/10 MPSJ telah menganjurkan Program Khatam Al-Quran bertampat di Masjid As-Salam Taman Puchong Perdana, Puchong Selangor. Turut hadir Ahli Majlis JKP Zon 13 MPSJ En. Sapiyan Bin Mohd Din, Nazir masjid As-salam, Pegawai-pegawai MPSJ , Pegawai-pegawai masjid dan Jawatankuasa penduduk JKP Zon 13 MPSJ. Majlis berlangsung pada sebelah petang, seramai 150 kanak-kanak mengambil bahagian dalam program ini. Majlis di rasmikan oleh En Sapiyan Bin Mohd Din Ahli Majlis JKP Zon 13.

06 September 2010

MAJLIS MESRA RAKYAT KACAU DODOL DAN BANTUAN IBU TUNGGAL/FAKIR MISKIN

04/09/2010, Puchong Perdana, MPSJ bersama JKP Zon 13 telah menganjurkan program ini bertempat di Jalan Anggerik 12 Taman Puchong Perdana. Program ini berjaya menarik minat ramai penduduk berbilang kaum bersama-sama bergotoroyong memasak dodol sehingga siap. Pada mulanya JKP Zon 13 menjangkakan seramai 250 orang akan hadir untuk memasak dodol berkenaan, apa yang berlaku diluar jangkaan, seramai lebih 350 orang yang hadir dan sanggup berjaga sampai ke pagi untuk memasak dodol berkenaan. MPSJ memperuntukan sebanyak 20 kawah, dan 1 kawah adalah dari penduduk Flat Seroja Taman Puchong Indah (kaum India) untuk membuat maruku, segala peralatan untuk membuat maruku dibawa sendiri oleh penduduk. En Sapiyan Bin Mohd Din Ahli Majlis JKP Zon 13 dan merangkap pengerusi JKP ZON 13 MPSJ turut sama bergotoroyong dalam program ini. Beliau memberitahu program ini adalah program yang ke-2 talah diadakan disini dan beliau berharap dengan adanya program sebegini dapat mengeratkan siraturahim antara penduduk. Program ini bermula pada pukul 9.30 malam - 5.00pagi, sementara menunggu dodol sejuk untuk di bungkuskan. Pada pukul 11.30 malam JKP menyediakan makan malam dengan menunya Mihum Sup Kambing dan pada pukul 4.30pagi makan sahur disediakan dengan menunya Nasi Putih, Gulai Kawah dan Sayur. Sepanjang Program ini berjalan air minuman disediakan. Pada jam 10.00 pagi petugas-petugas sibuk membungkus dodol berkenaan untuk diagihkan pada pukul 3.00 petang.
05/09/2010, Ahli Majlis JKP Zon 13 En Sapiyan Bin Mohd Din merasmikan program ini dan menyampaikan ucapan alu-aluan. Beliau mewakili semua Jawatankuasa JKP Zon 13 mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung untuk menjayakan program ini terutama kepada pihak MPSJ kerana memberikan kepercayaan kepada JKP Zon 13 menjayakan Program ini.Beliau berharap pada masa-masa yang akan datang MPSJ akan meneruskan Program seumpama ini diadakan lagi. Dalam Program ini juga tidak ketinggalan kepada ibu tunggal dan fakir miskin, seramai 50 orang ibu tunggal dan fakir miskin diberikan sedikit bantuan berupa wang tunai, beras dan dodol untuk di bawa pulang. Acara yang terakhir iaitu agihan dodol kepada penduduk, petugas dan yang memasak dodol semuanya disampaikan sendiri oleh Ahli Majlis JKP En Sapiyan dan beberapa orang pegawai dari MPSJ. Agihan juga dilakukan ditepi jalan kepada kenderaan yang lalu lalang dikawasan tersebut. Sebayak 1000kg dodol dihasilkan dan berjaya disampaikan kepada penduduk.
Untuk melihat gambar layarilah fecebook cari jkpmpsjzon13@yahoo.com, disana ada album majlis kacau dodol.

05 September 2010

Majlis Mesra Rakyat Kacau Dodol MPSJ & JKP Zon 13

04/09/10, Puchong Perdana,Majlis Kacau Dodol Anjuran MPSJ dan JKP Zon 13 berjalan dengan meriahnya yang masih lagi berlangsung, seramai 300 orang yang terdiri daripada penduduk tempatan hadir untuk memeriahkan Majlis ini, En Sapiyan Bin Mohd Din Ahli Majlis JKP Zon 13 hadir ke majlis bersama-sama bergotongroyong menyiapkan dodol yang masih belum masak itu. Kacau dodol bermula pada jam 9.30 malam dan dijangka masak pada pukul 4.00pagi.