BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

25 Januari 2010

GOTONG ROYONG DAN PELANCARAN SKUAD ANTI IKLAN HARAM

24/01/2010 adalah hari di mana penduduk berkumpul pagi-pagi lagi untuk bersama sama bergotoroyong dan pada hari ini juga lah di mana hari Pelancaran Skuad Anti Iklan Haram JKP Zon 13 MPSJ atau di kenali sebagai SAIRAM Zon13 MPSJ. Pada sebelah pagi SAIRAM telah pun di lancarkan oleh Setiausaha MPSJ En Selamat dan selepas pelancaran upecara menandatangani simebord jenayah ragut yang di tandatangani oleh En Zainal (Polis) En Selamat (MPSJ) dan EN Mustain (JKP Zon 13) selepas dari menandatangani simebord semua menghala ke Jalan Mawar, tumpuan diberikan di jalan Mawar untuk bergotongroyong, pada jam 12.30 tengah hari kami di hadiri oleh VIP iaitu Dato Adnan YDP MPSJ dan YB Ronny Exco Kerajaan Selangor, sekali lagi pelancaran SAIHAR oleh VIP berkenaan, paling best Dato Adnan janji nak bagi walkytalky 4 biji pada SAIHAR dan YB janji nak bagi RM 1000.00, terima kasih Dato dan YB apa-apa yang diberi pun SAIHAR tak berharap kerana SAIHAI dah di latih sebagai sukarelawan.

18 Januari 2010

RONDAAN BERMOTOR BIRO KESELAMATAN JKP ZON 13

17/01/2010 Biro Keselamatan menganjurkan rondaan berjaga malam memastikan tiada kes-kes jenayah dan peceh rumah berlaku pada waktu malam, memandangkan Jawatankuasa ini semua berkerja pada waktu siang waktu yang sesuai adalah pada malam minggu sahaja. Rondaan memasuki semua taman-taman perumahan di zon 13. Zon 13 terdiri dari Taman Puchong Perdana, Taman Puchong Indah dan Taman Puchong Intan. Rondaan di Ketuai oleh Pengerusi Biro En Ahmad Nariman. Beliau memaklumkan ini adalah cadangan pengerusi JKP En Sapiyan Bin Mohd Din bertujuan untuk keselamatan penduduk dan mengurangkan kes-kes pecah rumah yang sering berlaku di zon 13.

02 Januari 2010

PROGRAM "LADIES NIGHT"


PROGRAM “LADIES NIGHT


Tarikh          :         31hb. Disember 2009.
Tempat        :         Dewan Puchong Indah.
Anjuran        :         JKP Zon 13 bersama NISA’ Puchong.


Laporan :

JKP Zon 13 dengan kerjasama NISA’ Puchong telah menganjurkan program “Ladies Night” yang bertempat di Dewan Puchong Indah pada 31hb Disember 2009. Program bermula pada pukul 8.00 malam itu dirasmikan oleh Datin Aslina Bt Mohd Arifin selaku Pengerusi Puspanita MPSJ. Semua jemputan adalah dikalangan wanita, remaja perempuan dan kanak-kanak sahaja. Program ini dimeriahkan dengan kehadiran 450 orang. Program diadakan bertujuan untuk :


1.    Menyediakan alternatif berbentuk hiburan yang berlandaskan syariat; eksklusif bagi wanita & remaja perempuan.

2.     Merapati penduduk setempat khususnya golongan wanita & remaja perempuan dalam usaha untuk menyampaikan mesej dakwah Islamiyah secara santai.

3.     Menyediakan satu platform kepada Nisa’, Penggerak Belia MPSJ & masyarakat setempat khususnya kaum wanita untuk bekerjasama di samping mengikat silaturrahim.