BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

02 Januari 2010

PROGRAM "LADIES NIGHT"


PROGRAM “LADIES NIGHT


Tarikh          :         31hb. Disember 2009.
Tempat        :         Dewan Puchong Indah.
Anjuran        :         JKP Zon 13 bersama NISA’ Puchong.


Laporan :

JKP Zon 13 dengan kerjasama NISA’ Puchong telah menganjurkan program “Ladies Night” yang bertempat di Dewan Puchong Indah pada 31hb Disember 2009. Program bermula pada pukul 8.00 malam itu dirasmikan oleh Datin Aslina Bt Mohd Arifin selaku Pengerusi Puspanita MPSJ. Semua jemputan adalah dikalangan wanita, remaja perempuan dan kanak-kanak sahaja. Program ini dimeriahkan dengan kehadiran 450 orang. Program diadakan bertujuan untuk :


1.    Menyediakan alternatif berbentuk hiburan yang berlandaskan syariat; eksklusif bagi wanita & remaja perempuan.

2.     Merapati penduduk setempat khususnya golongan wanita & remaja perempuan dalam usaha untuk menyampaikan mesej dakwah Islamiyah secara santai.

3.     Menyediakan satu platform kepada Nisa’, Penggerak Belia MPSJ & masyarakat setempat khususnya kaum wanita untuk bekerjasama di samping mengikat silaturrahim.

0 ulasan: