BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

09 November 2010

PROGRAM KELAS JAHITAN JKP ZON 13 MPSJ

PROGRAM KELAS JAHITAN JKP ZON 13 MPSJ



Tarikh         :         07 November 2010




Tempat       :         Balai Masyarakat Jalan Indah, Taman                                        
                             Puchong Indah

Masa            :      Setiap Hari Ahad Jam 2.00 pm-5.00pm

Anjuran      :         Biro Wanita JKP Zon 13 MPSJ

Laporan .
Kelas jahitan anjuran Biro Wanita JKP Zon 13 yang bermula pada 21/2/2010 dengan jumlah pelajar seramai 31 orang. Kelas jahitan bermula daripada asas yang dikelolakan oleh tenaga pengajar iaitu Puan Masitah BT Abdul Razak. Kelas beroperasi setiap hari Ahad jam 2.00petang hingga 4.00 petang, setakat ini November 2010 kelas berjalan seperti biasa. Pelajar-pelajar telah mempelajari sebanyak  4 jenis fesyen iaitu :
1)Baju kurung
2)Baju Kurung Pesak Gantung
3)Baju Kurung Moden
4)Baju Melayu
Program ini terdiri daripada ibu tunggal dan keluarga yang kurang berkemampuan.Pelancaran kelas jahitan dirasmikan oleh Ahli Majlis JKP Zon 13 En Sapiyan Bin Mohd Din pada 21/02/10 menyarankan agar ibu-ibu memainkan peranan menyahut saranan Kerajaan Negeri merakyatkan ekonomi Selangor dan mengambil peluang kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh JKP khasnya dan MPSJ amnya.

20 Oktober 2010

" PESTA MARUKU"

BANNER: PROGGRAM MERSA RAKYAT MPSJ BERSAMA JAWATANKUASA PENDUDUK JKP ZON 13 " PESTA MARUKU" 23&24 OKT.2010, JALAN INDAH 3/3 TAMAN PUCHONG INDAH, PUCHONG SELANGOR.
SEMUA DIJEMPUT HADIR.

PENASIHAT : EN SAPIYAN BIN MOHD DIN (AHLI MAJLIS JKP ZON 13 MPSJ)

PENGARAH PROGRAM :  EN  HUSSIN BIN PITUT

TIM. PENGARAH PROGRAM : MR KALIMUTU


MAJLIS DISERIKAN LAGI DENGAN KACAU DODOL 5 KAWAH DAN PERTUNJUKAN TARIAN KEBUDAYAAN KAUM INDIA, SEBARANG MAKLUMAT LANJUT BOLEHLAH MENGHUBUNGI  MR KALIMUTU 016-6068927

17 Oktober 2010

GELANGGAN FUTSAL JALAN MAWAR TAMAN PUCHONG PERDANA

disinilah tempat akan dibina gelangan futsal
5 tiang lampu limpah dah pasang sana, lampunya belum berfungsi, sabar ye kerja-kerja penyelenggaraan belum selesai, en faizal mpsj tolong cepatkan sedikit k
dahulunya kawasan ini ada rumah kontena parti siasah, sekarang ia akan bertukar menjadi gelangan futsal


Pemandangan yang cantik nampak masjid

nanti siap bolehlah kami main kat gelangan futsal ni, sabar dik ye...

ni dah patah, nape tidak buat aduan pada pihak berwajib

kenapa boleh sampai terbakar? kan dah susah budak-budak nak main

yang ni ok

mr lee dan mr shok berehat bangku buat sendiri, mohon dapatkan bangku syimin 3 . cukup ke 3? apa-apa pun nanti JKP Bermasyuarat dahulu ok.
13/10/2010 JKP MPSJ Zon 13 dalam masyuarat yang diadakan dipejabat JKP Zon 13 Taman Puchong Indah, Pengerusi JKP Zon 13 En Sapiyan Bin Mohd Din telah memaklumkan MPSJ memperuntukan 1 gelangan Futsal di kawasan JKP ZON 13, Pengerusi mencadangkan supaya padang Futsal tersebut dibina di kawasan tanah lapang bersebelahan taman dan tangki air besar yang berada di Jalan Mawar Taman Puchong Perdana, memandangkan tanah lapang yang ada dikawasan Zon 13 terhad, kawasan tersebut paling sesuai untuk dijadikan Gelangan Futsal. Masyuarat bersetuju dengan cadangan pengerusi. 1 lagi aktiviti riadah boleh dilakukan setelah siapnya gelangan tersebut. Sewaktu penulis melawat tempat tersebut sempat menemubual Mr Lee 62, Mr Shok 66 dan Mr Kumar 55 penduduk di kawasan tersebut (Jalan Mawar) yang telah tinggal disitu selama 18 th, mereka bertiga berterima kasih kepada MPSJ dan JKP Zon 13 sekiranya kawasan tersebut dijadikan galangan futsal,beliau memberitahu kanak-kanak dan remaja kawasan ini tiada tempat untuk bermain dan amat memerlukan gelangan tersebut untuk mengelakan kanak-kanak dan remaja melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. gelangan bola jaring yang sedia ada di kawasan tersebut telah rosak (patah dikawasan jaringnya) seperti dalam gambar dan juga gelongsor tempat kanak-kanak bermain juga mengalami kerosakan yang serius.Beliau juga memberitahu taman dikawasan ini tiada bangku syimin dan kalau boleh MPSJ menyediakan 3 bangku syimin diletakan dikawasan tersebut senanglah warga emas macam kami ni nak berehat jumpa kawan-kawan katanya. Lampu limpah yang di pasang di kawasan taman berkenaan masih belum berfungsi, Mr lee memberitahu malam-malam kawasan ni gelap, elok lah di cepatkan sikit.

16/10/10 Operasi Skuad Anti Iklan Haram (SAIHAR) JKP MPSJ ZON 13

hati-hati, nanti jatuh......

ruang duduk tengah dalam van penguatkuasa MPSJ

penguatkuasa MPSJ melipat untuk di bawa ke MPSJ (dalam Van) di belakang


pinjaman berlesen paling banyak
16/10/10, JKP  Zon 13 MPSJ mengadakan operasi menurunkan Iklan-iklan haram , Operasi dilakukan oleh Skuad Anti Iklan Haram (SAIHAR)JKP ZON 13 MPSJ, Operasi di ketuai oleh En Zamry Bin Padillah yang juga salah seorang Jawatankuasa JKP Zon 13. Operasi bermula pada pukul 9.30 malam dan berakhir pada pukul 11.00 malam, seramai 20 orang Jawatankuasa turun padang untuk menjayakan operasi pada malam tersebut.Operasi di pantau oleh 6 orang penguatkuasa MPSJ 6 anggota polis Bukit Puchong. Operasi pada malam tersebut telah berjaya menurunkan sebanyak 1200 bunting termasuk banner-banner haram. Operasi kali ini di bahagikan kepada 2 kumpulan, lebih kurang 80% di seluruh kawasan JKP Zon 13 telah dibersihkan dari bunting dan banner-banner haram. Operasi kali ini  di anggap yang terbaik semenjak ia di lancarkan pada  24/01/10. Majlis pelancaran disempurnakan oleh YB Ronie  (EXCO Kerajaan Selangor).

10 Oktober 2010

09/10/10, OPERASI SAIHAR JKP ZON 13 MPSJ






Bunting Haram

Banner Haram di turunkan

Dari kiri En Zamry, En Rizal, En Samad, En Jumali, En Penguatkuasa, En  mazli dan En Shah
09/10/10, JKP  Zon 13 MPSJ mengadakan operasi menurunkan Iklan-iklan haram , Operasi dilakukan oleh Skuad Anti Iklan Haram (SAIHAR)JKP ZON 13 MPSJ, Operasi di ketuai oleh En Zamry Bin Padillah yang juga salah seorang Jawatankuasa JKP Zon 13. Operasi bermula pada pukul 10.00 malam dan berakhir pada pukul 11.00 malam, seramai 7 orang Jawatankuasa turun padang untuk menjayakan operasi pada malam tersebut.Operasi di pantau oleh 2 orang penguatkuasa MPSJ. Operasi pada malam tersebut telah berjaya menurunkan sebanyak 300 bunting termasuk banner-banner haram. Operasi tertumpu di Jalan Utama Puchong Indah menghala ke Flat Seroja dan seterusnya di kawasan bulatan Taman Puchong Perdana.

09 Oktober 2010

BENGKEL KESELAMATAN WANITA 2010

Anjuran    : NISA PUCHONG & JKP ZON 13 MPSJ
Tarikh      : 31 Oktober 2010
Masa       : 2.00 petang hingga 5.30 petang
Tempat    : Balai Masyarakat Taman Puchong Perdana
Jemputan : Kamal Afendi

Masyauarat pertama telah diadakan di PASTI AS-Syifa' pada 05 Oktober 2010 yang di pengerusikan oleh Pn. Noor Hanim Bt Ismail (AJK JKP Zon 13).

Masyuarat kedua telah diadakan di Pejabat JKP Zon 13 pada 08 Oktober 2010

Masyuarat kedua telah diadakan di Pejabat JKP Zon 13 pada 08 Oktober 2010

Masyuarat kedua telah diadakan di Pejabat JKP Zon 13 pada 08 Oktober 2010

Masyuarat kedua telah diadakan di Pejabat JKP Zon 13 pada 08 Oktober 2010
Masyuarat kedua telah diadakan di Pejabat JKP Zon 13 pada 08 Oktober 2010 yang juga di pengerusikan oleh PN, Noor Hanim. Hadir sama pengerusi JKP Zon 13 MPSJ En Sapiyan Bin Mohd Din, AJK JKP Zon 13 MPSJ En Ahmad Nariman, En Zamry Padillah dan 2 AJK dari Biro Keselamatan JKP Zon 13 PN. Maya dan En Abd Samad.

03 Oktober 2010

SINAR HARIAN 23/09/10 S10 MAJLIS MESRA RAKYAR KACAU DODOL


30 September 2010

KELAS JAHITAN JKP ZON 13 MPSJ

25 September 2010

JKP BANTU MASJID KACAU DODOL








24/09/10, JKP MPSJ Zon 13 yang terdiri daripada Setiausaha JKP En Hussin Bin Pitut dan Jawatankuasa Biro Keselamatan Penduduk Zon 13 bersama-sama dengan pihak masjid As-Salam Taman Puchong Perdana bergotoroyong memasak untuk persiapan majlis jamuan raya besok iaitu pada 25/09/10. JKP MPSJ telah ditugaskan mengendalikan dua kawah dodol, ini kerana pihak masjid telah melihat kejayaan JKP dalam menggendalikan 20 kawah dodol yang diadakan pada 05/09/10 di jalan Anggerik 12 baru-baru ini. Kerjasama yang erat Jawatankuasa Penduduk dan Jawatankuasa masjid memberikan banyak perkara atau aktiviti yang akan dijalankan menjadi mudah dan berjaya. kerjasama yang erat ini harus dikekalkan demi untuk menjayakan misi dan visi Masjid As-Salam dan JKP MPSJ Zon 13.

24 September 2010

Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Majlis JKP Zon 13 En Sapiyan







23/09/10, Rumah tebuka Ahli Majlis JKP Zon 13 telah diadakan, turut hadir Jawatankuasa Penduduk JKP Zon 13, Jawatankuasa Pas Kawasan Puchong dan wakil-wakil cawangan.