BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

17 Oktober 2010

GELANGGAN FUTSAL JALAN MAWAR TAMAN PUCHONG PERDANA

disinilah tempat akan dibina gelangan futsal
5 tiang lampu limpah dah pasang sana, lampunya belum berfungsi, sabar ye kerja-kerja penyelenggaraan belum selesai, en faizal mpsj tolong cepatkan sedikit k
dahulunya kawasan ini ada rumah kontena parti siasah, sekarang ia akan bertukar menjadi gelangan futsal


Pemandangan yang cantik nampak masjid

nanti siap bolehlah kami main kat gelangan futsal ni, sabar dik ye...

ni dah patah, nape tidak buat aduan pada pihak berwajib

kenapa boleh sampai terbakar? kan dah susah budak-budak nak main

yang ni ok

mr lee dan mr shok berehat bangku buat sendiri, mohon dapatkan bangku syimin 3 . cukup ke 3? apa-apa pun nanti JKP Bermasyuarat dahulu ok.
13/10/2010 JKP MPSJ Zon 13 dalam masyuarat yang diadakan dipejabat JKP Zon 13 Taman Puchong Indah, Pengerusi JKP Zon 13 En Sapiyan Bin Mohd Din telah memaklumkan MPSJ memperuntukan 1 gelangan Futsal di kawasan JKP ZON 13, Pengerusi mencadangkan supaya padang Futsal tersebut dibina di kawasan tanah lapang bersebelahan taman dan tangki air besar yang berada di Jalan Mawar Taman Puchong Perdana, memandangkan tanah lapang yang ada dikawasan Zon 13 terhad, kawasan tersebut paling sesuai untuk dijadikan Gelangan Futsal. Masyuarat bersetuju dengan cadangan pengerusi. 1 lagi aktiviti riadah boleh dilakukan setelah siapnya gelangan tersebut. Sewaktu penulis melawat tempat tersebut sempat menemubual Mr Lee 62, Mr Shok 66 dan Mr Kumar 55 penduduk di kawasan tersebut (Jalan Mawar) yang telah tinggal disitu selama 18 th, mereka bertiga berterima kasih kepada MPSJ dan JKP Zon 13 sekiranya kawasan tersebut dijadikan galangan futsal,beliau memberitahu kanak-kanak dan remaja kawasan ini tiada tempat untuk bermain dan amat memerlukan gelangan tersebut untuk mengelakan kanak-kanak dan remaja melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. gelangan bola jaring yang sedia ada di kawasan tersebut telah rosak (patah dikawasan jaringnya) seperti dalam gambar dan juga gelongsor tempat kanak-kanak bermain juga mengalami kerosakan yang serius.Beliau juga memberitahu taman dikawasan ini tiada bangku syimin dan kalau boleh MPSJ menyediakan 3 bangku syimin diletakan dikawasan tersebut senanglah warga emas macam kami ni nak berehat jumpa kawan-kawan katanya. Lampu limpah yang di pasang di kawasan taman berkenaan masih belum berfungsi, Mr lee memberitahu malam-malam kawasan ni gelap, elok lah di cepatkan sikit.

0 ulasan: