BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

27 Jun 2010

Operasi Pada 26/06/2010 SAIHAR

26/06/2010 SAIHAR atau di kenali dengan Skuad Anti Iklan Haram JKP Zon 13 telah melancarkan operasi di sekitar kawasan pekan Taman Puchong Perdana dan seterusnya menghala ke Taman Puchong Intan iaitu di jalan-jalan utama. Ahli Majlis En Sapiyan Bin Mohd Din turut hadir untuk memberikan semangat kepada SAIHAR, Operasi kali ini dipantau oleh 7 oranng penguatkuasa MPSJ dan 4 anggota polis bermotor dari balai polis Bukit Puchong. Operasi berjaya menurunkan iklan haram berjumlah lebih dari 400 kesemuanya, tahniah pada anggota Skuad SAIHAR.