BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

09 Ogos 2010

KARNIVAL MEMANCING MPSJ 2010 DI TAMAN TASIK PUCHONG PERDANA

08/08/2010 Majlis perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menganjurkan Karnival Memancing bertempat di Taman Tasik Puchong Perdana, Jawatankuasa Penduduk (JKP Zon 13 MPSJ) memainkan peranan yang penting dalam menjayakan program ini. JKP Zon 13 di amanahkan supaya menjadi Marshal bagi pertandingan memancing, seramai 25 orang telah di kerahkan menjadi marshal kesemuanya dari Biro Keselamatan JKP Zon 13 MPSJ. Menurut En Husin ketua Marshal semua berjalan lancar, tiada masalah yang besar yang di alami. YB Gobing Ahli Parlimen Puchong turut hadir sempat bermesra dengan masyarakat dan peserta pertandingan memancing dan menyampaikan ucapan, beliau juga menyampaikan hadiah pertandingan mewarna.YB Gobing di iringi oleh Ahli Majlis JKP Zon 13 En Sapiyan Bin Mohd Din , AJK JKP Zon 13, Pegawai-pegawai MPSJ dan Jawatankuasa Biro Keselamatan JKP Zon 13. dalam ucapan YB Gobing beliau menyokong sepenuhnya program seumpama ini diadakan, beliau mengucapkan tahniah pada semua yang bertungkus lumus menjayakan Karnival ini. Perasmian penutup oleh YDP MPSJ Dato Adnan Bin Hj MD Ikshan dan seterusnya penyampaian hadiah . JKP Zon 13 memenangi 3 acara iaitu pertandingan kayak lelaki, johan dan naib johan pertandingan tarik tali.

0 ulasan: