BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

01 Ogos 2010

Program Ibu Tunggal


Program Ibu Tunggal Anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seri Serdang dan DUN Kinrara telah diadakan seperti makluman berikut:
 
Tarikh       :  31 Julai 2010 (Sabtu)
Masa        :  2.00 – 5.00 petang
Tempat     :  Balai Masyarakat Puchong Perdana
Peserta    :  Ibu Tunggal seramai 100 orang dan jawatankuasa seramai 40 orang.
Anjuran    :  Pusat Khidmat Dun Seri Serdang Dan Pusat Khidmat Dun Kinrara
Tema       : “Semarak Kasih Kami Prihatin”
 
Lebih kurang 250 orang ibu tunggal telah dikenal pasti di sekitar Dun Seri Serdang dan Dun Kinrara tetapi hanya 100 orang sahaja yang dipilih untuk menerima sumbangan dalam Program Ibu Tunggal pada kali ini.  Bakinya akan dirai dalam program yang akan datang.
 
Program ini telah berjalan dalam suasana meriah dan semangat kerjasama.  Antara tetamu jemputan yang hadir adalah YB Teresa Adun Kinrara, Pengerusi PKM Dun Seri Serdang En Rosharizan, ahli majlis JKP 13 En Sapiyan Mohd Din dan Puan Noor Hanim selaku Ketua Muslimat PAS Kawasan Puchong.  
  
       Adalah diharapkan program ini dapat diteruskan dan lebih ramai ibu tunggal dapat
       diberi sumbangan.

       Bersama ini saya sertakan gambar-gambar program tersebut.

       Norizan Hassan

0 ulasan: