BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

08 Ogos 2010

TAKLIMAT GERAK KERJA MARSHAL KARNIVAL MEMANCING


07/08/10, Biro keselamatan JKP Zon 13 berkumpul pukul 5.30 ptg di Taman Tasik Puchong Perdana untuk mendengar Taklimat gerak kerja Karnival Memancing yang akan di adakan esok 08/08/10 jam 8.00 pg hingga 12.00 tengahari. Taklimat di sampaikan oleh En Husin Bin Pitut Setiausaha JKP Zon 13 dan selaku ketua bagi kumpulan Marshal. En Husin membahagikan kepada 3 kumpulan dan menyusun kedudukan kumpulan berkenaan, beliau menerangkan tugas-tugas marshal seperti mengiringi pemancing yang dapat ikan, memastikan pemancing tidak melanggar syarat yang di berikan. Seramai 15 orang Jawatankuasa Biro Keselamatan Hadir untuk mendengar taklimat dan sempat juga bergatongroyong mengangkat papan untuk di letakan ditepi dataran yang belum siap sepenuhnya dibina kerana besi yang ada membahayakan pemancing.

0 ulasan: